Saturday, November 17, 2012

Courtyard Hotel Kota Kinabalu

| 10 November 2012 |

Suami larikan saya keluar Beaufort lantaran hormon isterinya ini bagai dilanda garuda. Heheh. Tipu. Matlamat utama nak redeem voucher Groupon di Karambunai (review lain). Kali ini kami pilih untuk menginap di Hotel Courtyard di mana ia terletak berhampiran dengan One Borneo (1B) - pusat membeli belah yang terbesar di Sabah. Walaupun 1B terbesar di Sabah, saiznya mungkin standard biasa kalau nak dibandingkan dengan hypermarket di KL :)

Kami tempah bilik melalui Agoda -- dengan rate RM101 untuk jenis bilik tiada tingkap beserta sarapan
Maaf kualiti gambar paling cikai - tak pandai setting. Saya akan cuba di masa depan


Queen size bed

Suami saya puas hati dengan TV asalkan ada siaran ESPN ==!

Lupa sangat nak ambil gambar bilik air. Hm.. ni pun dah lupa macam mana rupa die..


| Our review |

1) Kedudukan bilik sempit tetapi masih boleh solat secara jemaah
2) Privasi agak terganggu sebab dari dalam bilik boleh dengar orang keluar masuk bilik (ada dua budak nakal berlari lari di koridor sambil main-main bunyikan bell T___T)
3) Shower best =)
4) Parking lot untuk tetamu hotel adalah terhad - boleh guna parking berbayar 1B untuk rate satu malam (tak tahu harga) ataupun parking free tapi jauh dengan risiko tanggung sendiri
5) Sarapan - standard hotel 3 bintang; English breakfast
6) Pilih bilik tiada tingkap jadi boleh lupa diri nak bangun pukul berapa :D

Overall - Hotel within budge but meet expectation :)

No comments:

Post a Comment